Daftar/Log Masuk
Pengenalan PROSAS
Program Sekolah Sihat, Aktif, Segak (PROSAS) adalah merupakan sebuah program intervensi pencegahan obesiti yang mensasarkan golongan kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah di Malaysia. PROSAS merupakan inovasi libatsama komuniti yang diterajui oleh Universiti Sains Malaysia. Bermula tahun 2022, PROSAS telah bermula di Pulau Pinang dan akan meluaskan penyertaan kepada lebih ramai murid bagi membudayakan dan menghasilkan generasi muda yang cakna tentang kesihatan dan gayahidup sihat.
Visi Menjadi program rujukan nasional dalam pencegahan obesiti kanak-kanak melalui pendekatan pendidikan kesihatan berasaskan sekolah yang holistik, bersepadu dan lestari ke arah sasaran pengurangan kadar bebanan berlebihan berat badan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia 2030.
Misi
  • Meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar sekolah rendah terhadap gaya hidup sihat melalui intervensi pendidikan kesihatan yang interaktif dan berkesan.
  • Memperkasa peranan guru sebagai Guru Sihat PROSAS dalam membudayakan amalan pemakanan sihat, aktiviti fizikal aktif dan kesejahteraan mental di sekolah.
  • Menggalakkan penglibatan komuniti sekolah termasuk ibu bapa dan pihak pentadbir dalam menyokong ekosistem sekolah sihat dan aktif.
  • Membangunkan sumber digital dan modul pendidikan kesihatan yang mesra murid dan relevan dengan konteks tempatan.
Objektif
  • Menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar terhadap pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.
  • Meningkatkan tahap kesedaran, perubahan tingkah laku ke arah gaya hidup sihat dan peningkatan kualiti hidup dalam kalangan pelajar berumur 10–12 tahun yang mempunyai berat badan berlebihan.
  • Meningkatkan kapasiti dan kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan dan pencegahan obesiti di sekolah.
  • Menyediakan platform intervensi berstruktur yang dapat diaplikasikan secara meluas oleh sekolah di seluruh negara.
  • Menyokong pelaksanaan dasar nasional berkaitan kesihatan kanak-kanak, pemakanan dan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Perlukan Bantuan?